PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

Pengalaman saya Menduduki PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) PEGAWAI SIASATAN GRED P41 (SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA) (29/09/2021)

 

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dua minggu sebelum peperiksaan, saya telah menerima email dari SPA. Dalam email itu menyatakan bahawa saya dijemput untuk menduduki peperiksaan online..

Persediaan yang pertama saya buat adalah mengulangkaji matematik dan english tingkatan 4 dan tingkatan 5.

Ujian Psee tersebut mengandungi dua section iaitu Section A Daya menyelesaikan masalah iaitu Matematik manakala section B Kefahaman Bahasa English. 

Selain dari itu, Internet yang laju sangat penting pada hari peperiksaan. Ini kriteria yang sangat penting dari pengalaman saya.  

 Sediakan juga  kalkulator biasa  walaupun dalam smartphone dah install kalkulator yang smart. Sekeping kertas A4 untuk saya conteng time soalan kira-mengira.  

Setakat ini sahaja pengalaman yang saya lalui untuk Ujian Psee dan saya telah lulus. Tolong Doa kan saya lulus ke peringkat seterusnya. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

PEGAWAI SIASATAN GRED P41

Tahniah! Anda BERJAYA Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) PEGAWAI SIASATAN GRED P41 di SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA yang telah diadakan pada 29/09/2021. Anda akan dipanggil menghadiri Profession Assessment Centre (PAC) yang akan dimaklumkan kelak melalui e-mel, Portal Rasmi SPA dan Facebook SPA. 

Semoga pengalaman saya boleh jadi panduan untuk yang lain dan sekiranya ada apa-apa persoalan boleh komen dibawah.

Sekian Terima Kasih. 

Yang Benar ,

Lady Survivor

 

 

 




     

 

Comments